KAMPAR: "Saya berasa trauma dan ketakutan semasa kejadian (kepala air) dan hanya terfikir untuk menyelamatkan diri dan peralatan penggambaran sahaja," demikian kata Muhd Aidilfitri Ilias, seorang daripada 30 kru penggambaran sebuah filem antarabangsa yang terperangkap berhampiran Gua Tempurung di sini hari ini.
Muhd Aidilfitri, 20, yang baru dua bulan bekerja sebagai kru produksi filem berkenaan berkata air mendadak sehingga ke paras pinggang dan keadaan ketika itu sangat kelam kabut dan panik.
"Kami mula masuk ke dalam Gua Tempurung pada 8 pagi tadi untuk menjalani penggambaran. Kira-kira pukul 4 petang, air tiba-tiba masuk ke dalam gua dan naik secara mendadak, kami terperangkap dua jam di dalam gua sebelum dapat menyelamatkan diri dengan keluar dari gua tersebut.
"Saya hubungi kru yang berada di luar gua memaklumkan mengenai kejadian itu supaya mereka menelefon pihak bomba," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini malam ini.
Muhd Aidilfitri berkata kesemua mereka yang terperangkap berjalan keluar dengan membawa kesemua peralatan penggambaran dari gua dengan menggunakan tali.
"Di lokasi kejadian memang tiada air tetapi kejadian kepala air itu berlaku kerana ada laluan air di pintu masuk gua berkenaan," katanya yang berasal dari Gopeng.
Sementara itu, Mohd Fitri Shah Abdullah, 25, bersyukur apabila kesemua mereka terselamat dalam kejadian berkenaan.
"Kami tidak boleh menghubungi sesiapa kerana talian komunikasi terhad dan hanya menggunakan 'walkie talkie' sahaja untuk menghubungi kru yang lain," katanya.
Dalam kejadian petang tadi, seramai 30 kru penggambaran filem antarabangsa yang terperangkap di belakang Gua Tempurung di sini selepas laluan keluar gua itu dinaiki air berikutan hujan lebat petang tadi, selamat dan berjaya dibawa keluar.
Dalam satu kenyataan Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata jumlah kru yang terlibat dalam aktiviti penggambaran di kawasan itu adalah seramai 80 orang dan yang terperangkap adalah seramai 30 orang terdiri daripada warga tempatan dan warga Singapura.
Katanya, kesemua mangsa terperangkap berjaya diselamatkan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) terdiri daripada anggota polis dan bomba dan kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 26 2022
Polis berkata, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa yang dilaporkan dalam kejadian berkenaan. - Gambar/ Astro AWANI
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
Terperangkap dalam Gua Tempurung, pengalaman menakutkan - Kru filem
Polis berkata, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa yang dilaporkan dalam kejadian berkenaan